Assalamualaikum.
Peminat kitab-kitab Arab pasti sudah biasa mendengar software
al-Maktabah al-Syamilah kerana software ini sangat bagus, dipercayai,
dan amat menjimatkan kos kerana pembaca tidak perlu lagi membeli
kitab-kitab Arab yang boleh mencecah harga ribuan ringgit. Malah Prof.
Dr. Muhammad Abul Laits al-Khair Abadi, pakar hadis UIAM sendiri
mengesyorkan penggunaan software ini kepada para pelajarnya.
Hasil carian saya setakat ini, saya menjumpai beberapa software baru
seperti al-Maktabah al-Syamilah juga. Berikut saya senaraikan nama dan
link kepada beberapa sofware himpunan kitab-kitab Arab yang baru saya
temui di alam maya. Kesemua software ini ada bersama saya, jika ada yang
berminat boleh copy daripada saya secara percuma.
Moga ada manfaatnya, insya Allah. Amin.
P/s; Saya masih dalam proses mencuba dan membandingkan setiap software dengan al-Maktabah al-Shamilah.
1) المكتبة الشاملة
2) المرجع الأكبر للتراث الإسلامي
3) الجامع الكبير للتراث الإسلامي
4) جوامع الكلم




Tiada ulasan:
Catat Ulasan