Macam mana nak buat pendrive setup Windows tu??
Tak susah. Memang mudah macam makan kacang hehehehe.. tapi kenapa nak setup guna pendrive?
Ooooh... netbook tak ada CD/DVD drive yer. Memanglah. Kalau nak setup
Windows kena ada CD drive. Kalau nak setup Windows 7 pulak kena ada DVD
drive pasal Windows 7 ni file dia besar, dekat-dekat 4 GB.
Walaupun apa yang aku nak tunjukkan ni sebenarnya adalah cara buat
pendrive setup Windows, tapi kena ada juga PC atau komputer lain yang
mempunyai CD/DVD drive untuk memindahkan fail-fail dari CD/DVD Windows
original tu untuk
dipindahkan ke dalam pen drive.
Pilihan kedua, pinjam komputer kawan yang ada CD/DVD drive.
Pilihan ketiga, kalau dah tak ada juga komputer yang ada CD/DVD, ialah
download image file Windows (ISO) dari internet (pandai-pandailah nak
download dari mana..)
 |
Netbook tak ada CD/DVD drive |
Bahan-bahan yang diperlukan:
1.
Win2Flash - software ni
free. Boleh download dari website dia. Ada banyak software yang boleh
guna. Tapi aku pilih Win2Flash ni pasal dia free. Satu lagi software
yang aku suka guna ialah FlashBoot. Flashboot ni memang bagus sebab
semua jenis CD yang boleh boot-up, dia boleh transfer masuk pendrive.
Sebab tu dia tak free.
2. Source - CD/DVD Windows atau image file .iso windows
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula kena masukkan source CD/DVD dalam cd drive. Kalau guna ISO file, mount dulu fail tu dalam virtual cd drive.
(Nak mount boleh guna MagicDisk. MagicDisk ni free. Guna dia untuk buat virtual cd drive untuk mount image file.)
2. Run Win2Flash, guna wizard sahaja untuk cara mudah. Eh, tak reti
pulak aku nak mengarang benda yang simple-simple ni. Tengok ajer gambar
bawah, cara-cara dia dari mula sampai siap.
 |
1.Bila run jer Win2Flash, terus keluar ini. |
 |
2. next |
 |
3. Pilih source dan destination. Aku punya CD/DVD Drive kat G.
Pendrive aku plak kat drive J. |
 |
4. Kena aggree dulu. |
 |
5. Warning. Bila klik OK, dia akan format pendrive.
Pastikan pendrive tu tak ada data-data penting. |
 |
6. Kenu tunggu. Jenuh gak. Kalau Windows XP, dalam 15 minit siaplah.
Kalau Windows 7 aku tak pasti pulak.. 30 minit kot. |
 |
7. Dah siaplah ni. |
 |
8. Pesanan terakhir. |
Bila
dah siap pendrive ni, untuk boot guna pendrive. Kena tekan F12 masa
tengah start komputer tu untuk pilih boot guna apa. Pilihla boot guna
USB/Flash. Kalau tak boleh guna F12, kena set kat dalam BIOS terlebih
dahulu.
Bila dah boleh boot-up guna pendrive, ikut sahaja cara-cara yang sama seperti setup Windows guna CD.
Selamat memcuba....
Macam-Macam Ada : Cara Buat Pendrive Untuk Setup Windows Xp/Vista/7/Etc >>>>> Download Now
BalasPadam>>>>> Download Full
Macam-Macam Ada : Cara Buat Pendrive Untuk Setup Windows Xp/Vista/7/Etc >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Macam-Macam Ada : Cara Buat Pendrive Untuk Setup Windows Xp/Vista/7/Etc >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK RH